BEQIZ FORUM

Selamat Datang Ke Forum Beqiz.

Untuk mendapat akses sepenuhnya di forum kami, Sila "LOGIN" jika anda masih belum mendaftar lagi atau tekan "LOGIN" jika anda sudah mendaftar.

Langkah untuk menjadi Official Member mestilah mematuhi perkara berikut :-

1. Daftar
2. Perkenalkan diri anda
3. Minimu posting 10 topic
3. Aktif login minimum 4 kali sebulan
5. Mematuhi terma dan syarat yg telah ditetapkan.

Amaran Keras terhadap kelakuan berikut..Exclamation

Jangan menggunakan perkataan tidak sopan, lucah
dan kurang ajar.

Jangan menghina, mengata, memfitnah, menuduh atau
menjatuhkan maruah seseorang, agama, budaya atau bangsa.

Jangan melakukan provokasi atau kontroversi.

Anda dibenarkan mengiklankan perniagaan anda di Forum
ini?.
Bagaimanapun jika anda membuka topik berkaitan perniagaan anda itu ia mestilah diteruskan dengan update dan respond kepada pengujung. Jika anda hanya membuat satu post dan tinggal, pihak admin akan menganggap ianya spam dan akan memadamnya.

Disclaimer:

Semua posting di dalam Beqiz Forum, Beqiz.forums2u.com merupakan inisiatif peribadi si pemposter. Pihak admin Beqiz.forums2u.com tidak boleh
dipertangungjawabkan, dipertikaikan atau dipersalahkan jika berlaku apa saja bentuk kerugian oleh mana-mana ahli akibat apa-apa urusan dengan mana-mana ahli yang lain di sepanjang kegiatan mereka di lamanweb ini.


Pihak admin Beqiz.forums2u.com hanya boleh mengharapkan semua pihak bersifat profesional, telus dan amanah dalam menjalankan apa-apa promosi dan urusan sesama ahli. Para ahli haruslah bertanggungjawab dan berhati-hati apabila melakukan sebarang kegiatan yang bersifat promosi mahupun urusniaga.

Sila memulakan sesi perkenalan di topic "Kenalkan diri anda".

Selamat Berforum!!.. (^_^).
BEQIZ FORUM

: : Forum Bisnes Komuniti Usahawan dan Peniaga Malaysia : :


Penggunaan Choke/Ballast Elektronik pada Lampu Kalimantang

Share
avatar
Admin
Forum Admin
Forum Admin

Posts : 85
Reputation : 0
Join date : 30/04/2009
Age : 33
Location : Selangor,Malaysia

Penggunaan Choke/Ballast Elektronik pada Lampu Kalimantang

Post by Admin on Wed Jan 16, 2013 4:35 pm

Penggunaan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di dalam rumah mungkin agak asing di kalangan orang awam, tetapi ia sekarang telah digunakan meluas pada lampu jalan dan peralatan elektrik yang berkualiti tinggi. Walaupun harga ballast elektronik agak mahal, tetapi ia menjanjikan kecekapan yang tinggi penjimatan tenaga elektrik sehingga 40% dan ini akan dapat menampung kos pembelian tersebut.

Ballast elektronik boleh dipasang pada lampu kalimantang di rumah. Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah. (Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)


Sekiranya ballast elektronik digunakan, pendawaian lampu kalimantang hendaklah diubah seperti gambarajah di bawah


Kelebihan menggunakan ballast elektronik adalah;
Choke/ballast elektronik mempunyai nilai faktor kuasa yang tinggi (lebih kurang 0.95), oleh itu kurang menggunakan arus elektrik untuk menghidupkan tiub kalimantang dan ini akan memanjangkan jangka hayat pendawaian lampu.
Kurang lesapan kuasa pada ballast elektronik, ini akan menyumbang kepada penjimatan bil elektrik
Lampu tidak berkelip2 semasa dihidupkan
Tiada bunyi berdengung semasa lampu menyala
Siaran TV atau radio tidak terganggu semasa lampu dihidupkan
Tiada penggunaan starter
Memanjangkan jangkahayat tiub kalimantang
Kelebihan2 yang disenaraikan di atas hanya boleh diperolehi pada ballast elektronik yang mahal dan berkualiti tinggi. Ballast elektronik yang dijual di kebanyakkan kedai2 elektrik atau pasaraya2 tertentu (biasanya harga di bawah RM10) mempunyai beberapa kelemahan iaitu:
Mempunyai nilai faktor kuasa yang rendah (dalam lingkungan 0.6) dan nilai ini tidak boleh diperbaiki dengan meletakkan kapasitor seperti dalam pendawaian lampu kalimantang menggunakan ballast magnetik.
Ia akan memjana arus hormonik dan ini boleh merendahkah nilai Total Harmonic Distortion (THD) pada bekalan kuasa elektrik. Nilai THD yang terlalu rendah akan menjejaskan peralatan elektrik yang lain untuk berfungsi dengan baik
Direka untuk kegunaan lampu di dalam rumah. Oleh itu ia tidak sesuai digunakan untuk lampu kalimantang di luar seperti lampu di gelanggang sukan.
Walaubagaimana, anda boleh menggunakan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di rumah untuk menikmati kadar penjimatan bil elektrik. Kesan akibat nilai faktor kuasa dan THD yang rendah tidak memberi kesan yang ketara kepada pengguna.

    Current date/time is Wed Feb 21, 2018 10:56 am